Wednesday 31 October 2012

Dari Anas r.a. berkata: Seorang Arab bertanya kepada Rasulullah saw, “Bilakah hari kiamat?” Rasulullah saw menjawab, “Apakah bekalmu untuk menghadapinya?” Ia menjawabnya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka Rasulullah saw bersabda, “Engkau akan berkumpul dengan orang yang engkau cintai.”
(Bukhari – Muslim)
http://arrahmah.com/read/2011/11/27/16571-hukum-melakukan-operasi-kecantikan-operasi-plastik-dan-sejenisnya.html

Thursday 18 October 2012

10 pesanan Rasulullah

 BACA DAN AMIK IKTIBAR......

Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;
  • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”.
  • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”.Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”.

  • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”.Maka, katakan kepadanya :”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”.
  • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :”Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”.
  • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Alangkah banyaknya solatmu”. Maka katakan :”Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku”.
  • Dan jika ia datang dan berkata :”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang”. Maka katakan kepadanya :”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan”.
  • Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka katakan kepadanya :”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”.
  • Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak amalmu”. Maka katakan :”Betapa banyaknya aku bermaksiat”.
  • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Minumlah minum-minuman keras!” Maka katakan :”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”.
  • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?” Maka katakan :”Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya”.

KILANG AIR SYAITAN KAT MANA NIH??


ni ambo nak bawa kisah sikit tentang teguran ulamak kepada pemimpin pasal ARAK..

sultan ulamak syeikh izudin bin abdussalam terkenal sebagai ulamak terkemuka dimesir suatu ketika dahulu khususnya bg umat islam yg bermazhab syafie .beliau juga terkenal sebagai ulamak yg tegas dalam meyuruh yg maaruf dan mencegah kemungkaran tanpa mengira siapa yg beliau berdepan denganya apalagi jika kemungkaran itu menyentuh kesucian islam dan ummat islam
pernah suatu ketika beliau mengadap sultan mesir ,najmuddin ayyub kerana kes sebuah kedai menjual arak. pada masa itu majlis sultan dipenuhi dengan pembesar-pembesar negara. ujar syeikh Izuddin : wahai ayyub : apakah hujjah engkau disisi Allah swt kelak ,ketika ia berfirman kepada engkau: tidakkah aku telah menganugerahkan kepada engkau tumpuk kepimpinan kerajaan mesir, tetapi engkau pula menghalalkan jualan arak?ujar sultan najmuddin :adakah berlaku perkara ini? : jawab syeikh izuddin : ya kedai sifulan bin sifulan menjual berbagai jenis arak dan melakukan berbagai bentuk kemungkaran ,sedangkan engkau asyik bergelumang dengan nikmat yang ada didalam kerajaan engkau sahaja. ujar najmuddin : aku tidak pernah berbuat demikian . ini berlaku dizaman pemerintahan ayahandaku . ujar syeik izuddin ; kalau begitu engkau termasuk kedalam org yg disebut firman Allah:bermaksud; "sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak langkah mereka sahaja" setelah mendengar keterangan ini sultan menitahkan supaya kedai arak itu ditutup.
alangkah mulianya kita , jika wujud dizaman ini ulamak seperti syeikh izuddin dan pemerintah seperti najmuddin....."menegur dan menerima teguran "  takbirrrr.....ALLAHUAKBAR

Monday 15 October 2012

PERJUANGKAN HAK KITA......







harta galian diuruskan oleh orang jahat....
dalam satu hadis disebut...

Drp Ibnu umar r.a beliau berkata: pada suatu masa dibawa kehadapan rasulullah saw sekeping emas.dan emas itu adalah emas zakat yg pertama sekali dikutip.emas itu dibawa oleh bani sulaim daripada tempat galian mereka. maka sahabat berkata : "wahai rasulullah emas ini adalah hasil daripada galian kita"
lalu nabi saw menjawab "nanti kamu dapati banyak galian-galian dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat"

H.R Baihaqi

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH......


 "Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sembahyang jemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Sunday 14 October 2012

kancil untuk dijual made 2005
harga 13K nego
keta start bulih jalan terus ....
jual sebab nak apgred keta lain pulak
kalu nak tukar dengan kancil turbopun bulih juga...

Wednesday 10 October 2012

DUA DENGKI YG DIBOLEHKAN....

hadis hari ini...nak dengki bulih tapi dengki hak supo hadis nabi ni...

Dari Ibn Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan irihati melainkan pada dua keadaan: 1) Keadaan orang yang dikurniakan Allah hartabenda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan 2) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

kata-kata imam syafie


FATWA ROKOK HARAM.

NASIHAT UNTUK SAING SOBAT YANG BREHI MEROKOK....

Merokok sememangnya telah difatwakan HARAM. Bukan sejak tahun 2011 ini, atau sejak tahun lepas, malah sejak tahun 1995 ketika Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk kali ke-37 di Kuala Lumpur. Namun, kenapakah larangan merokok ini seolah-olah tidak dihiraukan malah jumlah perokok di negara ini semakin bertambah jumlahnya setiap tahun.

Antara Fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan mengenai Merokok itu adalah Haram..
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur,
  • Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz,
  • Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar)
10 Sebab Mengapa Islam Mengharamkan Rokok..
  1. Rokok menjejaskan akal (mental)
  2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
  3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
  4. Rokok membahayakan keturunan
  5. Perokok mengganggu orang lain
  6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
  7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
  8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
  9. Rokok membazirkan harta (wang)
  10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Mungkin bahaya dan kemudaratan yang dinyatakan di atas tidak diambil peduli oleh perokok tegar. Tapi, sekurang-kurangnya ingat-ingatlah orang di sekeliling apatah lagi orang tersayang.




Tuesday 9 October 2012

ORDER SEKARANG....


hayatacaiberry.com

HAYAT ACAI BERRY....order la sekarang

KAWAL NAFSU MARAH....

jangey dok bgaduhh marahh gakk...ingat pesan nabi kita nih... Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.) pahtu nafsu tu kena kawal la bohh...ingat hak nabi pesann nihh... Rasulullah juga bersabda: “ Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.” (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus)

Sunday 7 October 2012

DARI ANAS BIN MALIK R.A BELIAU BERKATA : RASULULLAH SAW BERSABDA :"TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGA MASA MENJADI SINGKAT MAKA SETAHUN DIRASAKAN SEPERTI SEBULAN DAN SEBULAN DIRASAKAN SEPERTI SEMINGGU DAN SEMINGGU DIRASAKAN SEPERTI SEHARI DAN SEHARI DIRASAKAN SEPERTI SATU JAM DAN SATU JAM DIRASAKAN SEPERTI SATU PETIKAN API" "H.R TIRMIZI"

Thursday 4 October 2012

AKHIR ZAMAN DAH KITA NI......

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM Ertinya: Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. H.R. Abu Daud

Wednesday 3 October 2012

peringatan untuk diriku

UJUB Setiap manusia pasti akan dikurniakan nikmat oleh Allah s.w.t. dan adakalanya sesetengah insan itu mendapat nikmat yang lebih berbanding dengan yang lain dan ia membuatkan seseorang itu kelihatan lebih istimewa. Sedikit keistimewaan yang Allah kurniakan tersebut seperti harta yang banyak, ilmu yang tinggi, kebijaksanaan, kekuatan fizikal, paras rupa yang cantik, jawatan yang tinggi, ramai pengikut, dan pengaruh yang besar adakalanya mendorong manusia untuk lupa akan hakikat dirinya yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah.Perasaan sebegini boleh menyebabkan timbulnya sifat bangga diri atau ujub. Ujub merupakan perasaan kagum terhadap diri sendiri yang terbit dihati seseorang insan yang beranggapan dirinya memiliki sifat yang lebih baik atau sempurna berbanding dengan orang lain. Imam Sufyan Ats-Tsauri r.h berkata: “Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya daripada saudara kamu. Sedangkan boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali dia lebih warak daripada kamu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah dan lebih tulus amalnya.” Imam Ibnu al-Mubarak r.h pula menyatakan: “Perasaan ujub adalah ketika engkau merasakan dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.” Ujub…wujudkah dalam diri kita???? Oleh yang demikian….mari la kita sama-sama renungi serta koreksi diri masing adakah diri kita ini sempurna?..jangan mudah menganggap diri kita saja bagus orang lain semua tak bagus.. mengkritik orang lain serta melatah dengan tugasan orang lain. Sempurnakan tugas kita masing masing sebaik yang termampu. Kerana manusia ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah sahaja yang kamil(sempurna). Sama-sama kita jauhi sifat yang mazmumah (tercela) ini… Rasulullah s.a.w. turut memberi amaran bahawa bagi mereka yang bersifat ujub atau bangga diri ini mereka akan dihukum oleh Allah s.w.t. sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Baginda bersabda:"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (merasakan dirinya lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat," (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Wallahuaklam...
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” Riwayat At-Tabrani

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?