Wednesday 9 September 2009

MALAM 10 TERAKHIR DIBULAN RAMAHDAN

SAHABAT2 SEKALIAN MARILAH KITA KUATKAN LAGI AMALAN2 DIBULAN RAMADHAN INI....SEKARANG DAH MASUK 10 YG TERAKHIR DIBULAN RAMADHAN ( ITKUN MINANNAR ....BEBAS DARI API NERAKA)..DAN DETIK2 TERAKHIR RAMADHAN INI ADANYA SATU MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU MALAM AMAL IBADAHNYA.....IAITU (LAILATULQADAR)KHAIRUN MIN ALFI SYAHRIN..TAHUN INI MARI LA PUAK2 KITA BANGUN MALAM2 BERDOA / TAHJUD /SOLAT TAUBAT MINTA KEAMPUNAN KEPADA ALLAH TAALA ...MINTALAH KEAMPUNAN JANGAN KITA JADI ORANG BAKHIL YANG KEDEKUT UNTUK BUKA MULUT MINTA AMPUN DENGAN ALLAH...ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..
JANGANLAH KITA DI10 TERAKHIR INI DOK SIBUK2 DENGAN PERSIAPAN HARIRAYA SEHINGGA LUPA PADA AMAL IBADAH SEHINGGAKAN TERAWIHPUN TERLEPAS...INILAH BUDAYA MASYARAKAT KITA BILA AKHIR2 BULAN RAMADHAN SURAU2/MASJID2 DAH MULA BERKURANGAN JEMAAHNYA SOF2 YANG DIAWALNYA SAMPAI KEBAWAH MASJID SEKARANG NI DAH TINGGAL 2SOF SAJE....MANA PERGI JEMAAH NI????....FIKIR2 DAN RENUNG2 ADAKAH ANDA SEMPAT UNTUK RAMADHAN TAHUN DEPAN?....PERBANYAKKAN AMAL IBADAH MU NANTI RUGIIII ...AKHIR MARILAH KITA PAKAT2 BERDOA SUPAYA ALLAH BERI KEKUATAN DAN ISTIQAMAH KITA DLM BUAT AMAL IBADAH...AMINNNN YA RABB

Saturday 22 August 2009

ahlan wa sahlan Ya ramadhan.......bulan penuh keberkatan





bila tiba bulan ramadhan teringat pulak aku masa puasa kat mesir dulu...jam 2 pagi dah bunyi ketuk palu gendang ...islaha nayimmm... ramadhan karimmmmm...ramadhan karimmm...
.
RAMADHAN KArimm....ramadhan karimmm

"awwaluhu rahmah ausatuhu maghfirah wa akhiruhu itkun minannar"
Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari".

Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.
Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran
ialah syurga."

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA>>>>

Thursday 6 August 2009

Nisfu Syaaban dah Kita.....Ahlan wa sahlan Ya Ramahdan





Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Friday 24 July 2009

The Rock.....:) Batu bergantung....



Batu ajaib… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu ini sudah ramai dibicarakan orang dan disebarkan gambarnya. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti gambar di sebelah ini.

Sebagai tambahan, beberapa komentar atau kisah diberikan sebagai penjelas atau keterangan gambar tersebut. Ada yang menyebutnya sebagai batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat Isra’ Mi’raj. Sang batu ingin ikut naik ke langit, tetapi dipijak oleh Nabi hingga berhenti dalam posisi tergantung sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan sang batu tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.

Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang pernah ditemui di blog atau forum kaum muslimin Melayu:

Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakkan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem...

Batu Pijakan Nabi saat Isra Miraj yang sebenarnya berada di bawah Masjid Kubah Emas.
Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Kesimpulannya gambar batu di atas bukanlah batu yang dimaksudkan semasa peristiwa Israq' dan Mikraj. Wallahualam..
Yang paling penting dalam peristiwa Israq' dan Mikraj ini adalah Nabi menerima suruhan solat sehari lima waktu walau pun pada mulanya Allah perintahkan 50 waktu sehari semalam.
Sebagai manusia kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah pepatah Melayu. Iman ibarat laut adakala pasang adakala surut. Iman harus disuburkan dan dibajai setiap masa. Adakalanya kita lalai dalam menjalankan perintah solat. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan anda semua, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua. Amin.

Tuesday 21 July 2009

Falsafah isra' dan mikraj'

kringgg....krokkk.... bunyi nada tel us jabal....assalamualaikum....ya us skri bercakap ni..." cakap pemangil em saya ni "en ghafal" ahli jemaah surau taman sepanggar..." us jabal: ya ada apa....? en ghafal: macam ni us... malam 27 tu ni us free ke... kalau us. free nak jemput us pergi ceramah isra' mikraj kat opis saya kat powertro ....us jabal :emm kebetulan sy free ...insyaallah ...jam berapa tu..?
en ghafal:mula majlis tu lepas magrid jam 6.45mlm begitu....us jabal : Bah...
ustaz jabal bagi tajuk : Falsafah isra' mikraj.....jennn jennn..
bermula la ceramah us jabal.....di sini nak ambil kesimpulan saja ehh....kalu nak tulis ni panjang bah,,
ambil pengajaran dari falsafah isra' mikraj......
-
masa jibril bawa datang binatang tunggagan yg nama buroq itu.....burak itu bukan main meronta2 jadi liar.....maka jibril cakap sama buroq itu....kau kenal ke ini siapa yg akan menunggang kau wahai buroq...?ini Rasulullah ....kekasih Allah...lalu buroq itu...terus tunduk malu bah....sehingga ada riwayat mengatakan sampai terpercik peluh buroq itu kerana sangat malu....
pengajaran yg kita boleh ambil disebalik peristiwa ini...:
kita patut kena malu kepada alim2 ulamak /tuan2 guru/ ustaz2 /orang2 baik...
tapi dalam kontek masyarakat sekarang ni...org2 yg nak buat jahat dia dah tak malu dah kepada alim2 ulamak/ustaz2/ tuan2 guru....mereka buat jahat /dosa selamber jerr....depan2 orang2 baik......ada saya nak bawa satu cerita ..di sabah ni banyak tempat2 4D /jackpot/diriwan/kau tau ke apa benda ni..ala tikam nombor ekor la bro...nak jadi kan ceter seorang ustaz tu lalu depan kedai 4D ...tiba2 bunyi satu suara "assalamualaikum ustaz" suara tu keluar dari kedai tu...."astaqfirullahal azimmm"......satu member tu dok tikam no ekor....dan sempat lagi bagi salam pada ustz......ni nak ceter ni depa buat dosa tak malu langsung macam nak bersohor pada ustaz plak ..dok tikam nombor bagi salam pada ustaz.....
....
ini bencananya....apabila maksiat dah menguasai seluruh masyarat mereka tak rasa segan silu lagi untuk melakukan maksiat....walaupun didepan alim2 ulamak...
fikir2 dan renung2 selamat beramal..

Wednesday 8 July 2009

SerUan JihaD

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (al-Ankabuut 29:69)


ReNuNgaN BerSaMa..

Imam Ath Thabrani rahimahulLah telah meriwayatkan sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan taqdirKu maka carilah tuhan selain Aku”.

Friday 26 June 2009

Melihat aiB sendiri

Imam al Ghazali

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, Ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Wednesday 24 June 2009

REnunG2- FikiR2

dipetik dari Tko...
"

Assalamualaikum. Tengah dok lepak-lepak sambil picit-picit kekunci handphone ni teringat pula masa kecil-kecil dulu mengaji dimasjid kat kampong sana. Pukul 9 am jer saya mengayuh basikal sejauh 2 km untuk pergi belajar mengaji Alquran dan juga fardhu ain bersama ustaz aziz.

Banyak pahala ustaz aziz kerana mengajar kami tak jemu-jemu. KAdang-kadang beliau belanja kami makan jajan dengan dihantarnya saya kekedai untuk membeli. Indah sungguh kenangan tersebut sampai kehari ini saya tidak dapat melupakannya.



'Rukun islam ada 5 perkara dan rukun iman ada 6 perkara.',begitulah antara yang kami belajar dimasjid itu.Rukun islam itu adalah 1-Mengucap 2 kalimah syahadah,2-mendirikan solat, 3-Berpuasa dibulan ramadhan 4-menunaikan zakat 5- mengerjakan haji dibaitullah. Senang untuk mengingati rukun islam ini kerana kita faham dan kita nampak dengan mata sendiri bagaimana rukun-rukun itu dilakukan.

RUkun iman ada 6 perkara. 1-Percaya kepada Allah 2-Percaya kepada Malaikat 3- Percaya kepada Nabi dan rasul 4-Percaya kepada Kitabullah 5-percaya kepada hari akhirat 6-percaya kepada qada dan qadar.Dari segi hafalan memang senang jer nak ingat rukun iman ini.Tapi realitinya memang sukar nak gambarkan.Yang kita nampak dengan mata kasar ini cuma percaya kepada kitab sahaja.Sedangkan yang lagi 5 tuh hanya percaya jerlah tanpa dapat melihat apa yang dinamakan itu.

Setelah dewasa ini dan biasa bermain dengan dunia teknologi ICT ni,saya mula terpikir bahawa Allah telah singkap sedikit ilmuNya kepada kita.Rupa-rupanya mempercayai dan menyakini rukun iman itu adalah seperti kita meyakini dan mempercayai teknologi ICT ini.Apa yang saya cuba gambarkan disini adalah dari sudut fahaman saya sahaja dan bertujuan untuk meilhat Allah itu tidak suruh meyakini sesuatu tanpa usul periksa.

Teknologi MMS ataupun video call yang selalu kita gunakan apabila kita menelefon isteri,anak-anak ataupun ayah ibu dikampong itu tersimpan satu bukti bahawa isra' dan mikraj nabi kelangit itu adalah benar dan kepercayaan saidina abu bakar terhadap ceritu nabi itu amat berasas.Kefahaman tentang ini Allah bongkarkan melalui teknologi ICT itu sendiri.Saya boleh melihat saudara saya secara terus 'real time' di USA dan berbicara dengannya tanpa perlu saya berada disisinya hanya dengan satu video call sahaja.Hanya dengan beberapa saat sahaja saya sudah 'berada' diUSA dan 'pulang' kembali ke Malaysia dalam hanya beberapa saat sahaja.Tidakkah ini sebenarnya rahsia yang Allah beri sedikit demi sedikit untuk kita meyakini bahawa adalah benar bahawa nabi Mohammad pergi kesidratul muntaha dalam 1/3 malam sahaja.

Komputer dan perisian yang selalu kita gunakan untuk melayari internet dan juga membuat kerja-kerja yang lain juga tersimpan satu rahsia bahawa percaya kepada Allah,Malaikat,Rasulullah,Hari akhirat dan juga Qada dan Qadar itu wajib dan benar sifatnya.Saya percaya Allah,tetapi tidak pernah melihat Allah dan tak pernah berjabat tangan pun dengan ALlah.Sama juga pada Malaikat,rasul,Akhirat mahupun Qada dan qadar.Tetapi dalam dunia ICT,rupanya Allah bungkarkan rahsianya bagaimana kepercayaan rukun iman itu ada asas dan menepati teori hukum akal.Saya lihat pada 'screen' komputer saya sebuah kereta mercedes yang mewah sedang melungsur laju diatas jalan raya.Saya nampak itu adalah kereta mercedes,tapi saya tak dapat nak pegang kereta itu malah saya hanya menyentuh LCD screen sahaja bila cuba untuk menyentuh kereta didalam screen tersebut.Walaupun begitu saya tetap percaya bahawa itulah kereta mercedes berdasarkan pandangan mata saya.Begitulah rukun iman yang sememangnya kita harus yakin dan boleh diyakini dengan pandangan hati kita yang bersih.

SMS dan juga voice call ini membongkarkan bahawa Alquran yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan Jibrail itu kepada NAbi adalah wajib dipercayai.NAbi tidak mereka reka Alquran itu dengan fikirannya sendiri walaupun tiada siapa dapat melihat makhluk yang menghantar Alquran itu kepada nabi dengan mata kasar kita.Saya menerima 'call/SMS' dari ayah saya dikampong yang menyuruh saya pulang segera.Saya patuh pada arahan itu dan saya tunjukkan kepada boss saya agar memberi saya pelepasan cuti kerana arahan ayah saya.Boss saya tentu mempercayainya kerana beliau melihat ataupun mendengar perbualan saya dengan ayah saya menyuruh saya pulang.Boss saya tidak pernah nampak ayah saya tetapi mempercayai 'gajet handphone' saya itu atas dasar teknologi yang terhasil dan amat dipercayai.Oleh itu walaupun jibrail tidak kelihatan ketika menghantar Alquran kepada nabi,dengan sebab percaya kepada Allah yang berkuasa maka permasalahan itu selesai dan Alquran itu memang benar dari Allah dan bukan hasilan nabi.

Kita sentiasa diingatkan agar berbuat baik dimana sahaja kita berada.Ini adalah kerana Allah sentiasa melihat kita dan tahu kita dimana walaupun kita menyorok didalam gua sekalipun.Dahulu kalau kita ingin mengajak kawan bermain bola,kita perlu pergi kerumahnya untuk menjemput dia bermain sekali.Jika kawan kita tiada dirumah,maka sukarlah kita mencarinya.Tetapi dengan teknologi komunikasi ini,pergilah kawan tuh kemana sahaja,dengan satu panggilan sahaja kita sudah tau dimana dia berada ketika itu.Tidakkah ini menggambarkan Allah tau dimana kita dan apa yang kita lakukan.

Berkat ilmu ustaz aziz yang mengajar saya dulu-dulu tuh.Masa dia terangkan dulu saya pun main percaya jerlah apa yang diajar tapi rupa-rupanya baru sekarang saya faham mengapa kita tidak boleh pertikai tentang rukun iman itu walaupun ada harinya saya nakal juga.Semoga dengan kefahaman tujuan ilmu itu diberikan kepada kita,adalah lebih kepada membesarkan Allah yang maha perkasa dan bijaksana.

Yang bijak itu Allah dan yang kurang itu saya.

saya petik dari tranungkite online....

Sunday 21 June 2009

SeLaMaT HaRi BAPA......



Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu. Walau apapun, ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun. Tanpa ibubapa siapalah kita.

Kasihnya Ibu membawa ke syurga,

Kasihnya Ayah sepanjang masa..........

Tuesday 9 June 2009

RehLaH SaiDah



rehlah bersama family ke sandakan .....

Friday 29 May 2009



BERBUATLAH AMAL IBADAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK........

Babaiiiii.....balik kg Jap....jenguk2 Ayahanda And Bonda

Tuesday 26 May 2009

TAZKIRAH 1

JANGAN LINTAS ORG SEDANG SEMBAHYANG.....


Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

Dan menurut hadis yang lain ...... "Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK . dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya. dan .. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang..

SELAMAT MENJAWAB........

tanggal 26 hingga 28 mei 2009 peperiksaan bagi sem. 1 bermula....nampaknya murid2 sudah membuat persediaan dan tak sabar2 lagi...untuk menjawab soalan yang bakal ditanya....cikgu doakan semoga anak2 didik cikgu dapat menjawab dengan baik.....wallahu waliu taufik...wa nnajah...

Thursday 21 May 2009

Aktiviti hari guru sek ana


pada 21hb perlawanan badminton diadakan didewan mini SKPT......sukan ini sekadar untuk mengisi program Hari guru 2009...team ana main gitu2 jer tapi dapat johan gak lerr...hehehe

sEkAdAr PeRiNgAtAn.......

Pesan Lukman Al-Hakim

KATA Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak(pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."Lukman Al-Hakim berkata lagi: "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."

Saturday 16 May 2009

MENGAMBIL IKTIBAR WATAK SAYIDINA ABU BAKAR,OMAR


Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.
Iklan




Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.
Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.
Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.
Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri. - lanh _

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?