Saturday 22 August 2009

ahlan wa sahlan Ya ramadhan.......bulan penuh keberkatan





bila tiba bulan ramadhan teringat pulak aku masa puasa kat mesir dulu...jam 2 pagi dah bunyi ketuk palu gendang ...islaha nayimmm... ramadhan karimmmmm...ramadhan karimmm...
.
RAMADHAN KArimm....ramadhan karimmm

"awwaluhu rahmah ausatuhu maghfirah wa akhiruhu itkun minannar"
Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari".

Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.
Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran
ialah syurga."

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA>>>>

No comments:

Post a Comment

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?