Saturday 2 January 2010

ayuh diet berbelanja....musim2 gula naik ni...

66 Cara Untuk Menjimatkan Wang Setiap Hari


Kurang berbelanja tidak bermakna anda miskin. Cubalah amalkan panduan berjimat-cermat ini dalam kesemua aspek perbelanjaan anda daripada makanan hinggalah ke hiasan rumah, dan hidup mewah dengan belanjawan yang sedikit.


Belajar Berjimat Dengan Mudah

· Cubalah 10 panduan berjimat-cermat yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuklah orang yang paling boros sekali.

· Elakkan 4 jenis cara berbelanja yang boros.

· Berbelanja dengan waras dan jangan lupa ke mana anda membelanjakan wang anda.

· Elakkan berbelanja ketika emosi tidak menentu, sebaliknya pujuklah hati dengan cara lain.

· Carilah jalan untuk berjimat setiap minggu dengan meminta panduan daripada orang lain yang hidup berjimat-cermat dan gembira.


Kurangkan Makan

· Kurangkan perbelanjaan barangan rumah dengan menggunakan 3 strategi membeli-belah yang terbukti berkesan.

· Belajar 10 cara mengurangkan kos tersembunyi dalam belanjawan makanan.

· Masak 5 hidangan berdaging dan 2 hidangan vegetarian yang murah yang disukai oleh keluarga anda.


Hias Rumah Anda Mengikut Kemampuan

· Temui 5 cara yang murah untuk menghias rumah supaya kelihatan anggun.

· Lakukan 10 projek yang setiap satu memakan masa sehari, mengikut kemampuan anda.

· Hias semula ruang rehat anda dengan 3 cara, dengan menggunakan barang-barang yang telah sedia ada di rumah.

· Susun semula bilik tidur anda dengan 10 idea yang murah.

· Susun semula dapur kecil anda supaya kelihatan lebih besar – tanpa perlu membayar mahal.

· Percantikkan bilik air anda dengan kos kurang dari $50.



Diambil dari ivillage.com

No comments:

Post a Comment

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?