Wednesday 10 October 2012

FATWA ROKOK HARAM.

NASIHAT UNTUK SAING SOBAT YANG BREHI MEROKOK....

Merokok sememangnya telah difatwakan HARAM. Bukan sejak tahun 2011 ini, atau sejak tahun lepas, malah sejak tahun 1995 ketika Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk kali ke-37 di Kuala Lumpur. Namun, kenapakah larangan merokok ini seolah-olah tidak dihiraukan malah jumlah perokok di negara ini semakin bertambah jumlahnya setiap tahun.

Antara Fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan mengenai Merokok itu adalah Haram..
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur,
  • Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz,
  • Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar)
10 Sebab Mengapa Islam Mengharamkan Rokok..
  1. Rokok menjejaskan akal (mental)
  2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
  3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
  4. Rokok membahayakan keturunan
  5. Perokok mengganggu orang lain
  6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
  7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
  8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
  9. Rokok membazirkan harta (wang)
  10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Mungkin bahaya dan kemudaratan yang dinyatakan di atas tidak diambil peduli oleh perokok tegar. Tapi, sekurang-kurangnya ingat-ingatlah orang di sekeliling apatah lagi orang tersayang.




No comments:

Post a Comment

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?