Wednesday 3 October 2012

peringatan untuk diriku

UJUB Setiap manusia pasti akan dikurniakan nikmat oleh Allah s.w.t. dan adakalanya sesetengah insan itu mendapat nikmat yang lebih berbanding dengan yang lain dan ia membuatkan seseorang itu kelihatan lebih istimewa. Sedikit keistimewaan yang Allah kurniakan tersebut seperti harta yang banyak, ilmu yang tinggi, kebijaksanaan, kekuatan fizikal, paras rupa yang cantik, jawatan yang tinggi, ramai pengikut, dan pengaruh yang besar adakalanya mendorong manusia untuk lupa akan hakikat dirinya yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah.Perasaan sebegini boleh menyebabkan timbulnya sifat bangga diri atau ujub. Ujub merupakan perasaan kagum terhadap diri sendiri yang terbit dihati seseorang insan yang beranggapan dirinya memiliki sifat yang lebih baik atau sempurna berbanding dengan orang lain. Imam Sufyan Ats-Tsauri r.h berkata: “Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya daripada saudara kamu. Sedangkan boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali dia lebih warak daripada kamu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah dan lebih tulus amalnya.” Imam Ibnu al-Mubarak r.h pula menyatakan: “Perasaan ujub adalah ketika engkau merasakan dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.” Ujub…wujudkah dalam diri kita???? Oleh yang demikian….mari la kita sama-sama renungi serta koreksi diri masing adakah diri kita ini sempurna?..jangan mudah menganggap diri kita saja bagus orang lain semua tak bagus.. mengkritik orang lain serta melatah dengan tugasan orang lain. Sempurnakan tugas kita masing masing sebaik yang termampu. Kerana manusia ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah sahaja yang kamil(sempurna). Sama-sama kita jauhi sifat yang mazmumah (tercela) ini… Rasulullah s.a.w. turut memberi amaran bahawa bagi mereka yang bersifat ujub atau bangga diri ini mereka akan dihukum oleh Allah s.w.t. sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Baginda bersabda:"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (merasakan dirinya lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat," (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Wallahuaklam...

No comments:

Post a Comment

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?