Thursday 18 October 2012

KILANG AIR SYAITAN KAT MANA NIH??


ni ambo nak bawa kisah sikit tentang teguran ulamak kepada pemimpin pasal ARAK..

sultan ulamak syeikh izudin bin abdussalam terkenal sebagai ulamak terkemuka dimesir suatu ketika dahulu khususnya bg umat islam yg bermazhab syafie .beliau juga terkenal sebagai ulamak yg tegas dalam meyuruh yg maaruf dan mencegah kemungkaran tanpa mengira siapa yg beliau berdepan denganya apalagi jika kemungkaran itu menyentuh kesucian islam dan ummat islam
pernah suatu ketika beliau mengadap sultan mesir ,najmuddin ayyub kerana kes sebuah kedai menjual arak. pada masa itu majlis sultan dipenuhi dengan pembesar-pembesar negara. ujar syeikh Izuddin : wahai ayyub : apakah hujjah engkau disisi Allah swt kelak ,ketika ia berfirman kepada engkau: tidakkah aku telah menganugerahkan kepada engkau tumpuk kepimpinan kerajaan mesir, tetapi engkau pula menghalalkan jualan arak?ujar sultan najmuddin :adakah berlaku perkara ini? : jawab syeikh izuddin : ya kedai sifulan bin sifulan menjual berbagai jenis arak dan melakukan berbagai bentuk kemungkaran ,sedangkan engkau asyik bergelumang dengan nikmat yang ada didalam kerajaan engkau sahaja. ujar najmuddin : aku tidak pernah berbuat demikian . ini berlaku dizaman pemerintahan ayahandaku . ujar syeik izuddin ; kalau begitu engkau termasuk kedalam org yg disebut firman Allah:bermaksud; "sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak langkah mereka sahaja" setelah mendengar keterangan ini sultan menitahkan supaya kedai arak itu ditutup.
alangkah mulianya kita , jika wujud dizaman ini ulamak seperti syeikh izuddin dan pemerintah seperti najmuddin....."menegur dan menerima teguran "  takbirrrr.....ALLAHUAKBAR

No comments:

Post a Comment

TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS
ADAKAH ANDA SUDAH MENABUNG?